Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, pak cik lihat selepas raya aidilfitri ni, makin ramai yang besar besar. Sampaikan beberapa bas intrakota terpaksa diubah suai lantaran dengan saiz badan orang Malaysia yang tiba2 naik mendadak.
Jadi, camne? Best makan lemang? Cendol ? Dodol paket ?. Kalo da kenyang alhamdulillah. Hari ni pak cik nak berkongsi dengan korang sebuah amalan yang digunakan bagi tujuan pelarisan. Amalan ini pak cik ambil dari ebook Kitab Warisan.
Bacakan Syahadah seperti dibawah.
ke barat 18 kali.
ke timur 18 kali
ke utara 18 kali
ke selatan 18 kali
Jangan lupa ikut arah kompas. Tak yah la nak rigid sangat sama ada nak pakai utara magnetik ke utara benar. Pilih je mana yang berkenan.
Nak dijadikan satu cerita, pak cik berkawan dengan sorang member pak cik ni, orang panggil dia Awi sebab memang dalam surat beranak nama dia Awi. Awi ni kecik orangnya. Kalo tengok pun tak sangka umur da 25 tahun. Mungkin sebab perangainya yang suka bawak basikal Fixie dengan plastik burger, orang tak mengecam umur beliau, itulah salah satu rahsia awet muda Awie.
Kalo tengok kedai burger awie ni memang best. Ada tunggul pokok mati so orang beli burger boleh lepak2 makan, tambah lak ada mamak cendol, kena burger sedas dan semangkuk cendol, confirm lentok. Bahkan awie sengaja membentang toto agar customer nya boleh terus baring dan tidur. Bila diorang bangun tidur mesti lapar dan burger awie lah jawapannya. Hebat kan strategi beliau ?.
Namun, dengan segala persiapan yang ada, gerai awie kurang jugak pelanggannya. Yang ada mungkin geng2 pemburu rusa yang tiba2 tersesat di jalan besar alang2 terus beli burger beliau. Pelik rasanya. Strategi dah disusun rapi. Semangat telah ditanam tinggi, namun masih begini.
Dan Awie telah mengamalkan amalan penglarisan tersebut, dengan izin ALLAH, segala2 nya berjalan lancar. Burger habis jual, toto lak kena beli lebih sebab makin ramai yang nak makan burger awie sampai tertidur.