Quantcast
Channel: Ilmu Ghaib – Kajian Ilmu Ghaib
Viewing all 36 articles
Browse latest View live

Menanti Kedatangan Tanda Malam Lailatul Qadar

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Bagaimana persiapan raya korang ? Soklan ini adalah perkara biasa yang kita dengar. Kadang-kadang pak cik sedeh, baru 18 Ramadhan da mula tanya pasal raya. Patut kita sedih sebab ramadhan hampir meninggalkan kita. Bulan dimana pahala dilipat2, hati tenang bertingkat-tingkat, nak solat pun tak semput dek kacauan setan.

Namun, terdapat bonus kepada kakitangan awam. Gomen boleh balik awal, kerja lak tak boleh nak begitu optimum kerana sedang berpuasa. Hohohoho. Untuk kakitangan swasta, bergantung pada pentadbiran masing2.

Umat islam ni terlupa bahawa 10 malam terakhir merupakan waktu terbaik untuk menunggu malam lailatul qadar. namun, mereka lebih sebuk untuk shopping raya. Ada yang pak cik tengok orang raya sakan beli langsir macam langsir2 istana. Kalo masuk dalam rumah ni konfirm tak nampak jalan dek tebalnya langsir2.

Yang memborong biskut tu kadang2 datang lori pindah rumah. Ingat nak pindah, rupanya hantar biskut kuih raya. Pak cik membuat beberapa kiraan kasar dan mengagak bahawa kuih tersebut boleh bertahan sampai tahun depan.

So, korang jangan lah jadi macamni. tak nak ke kejar Malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan. Korang hidup pun tak pasti boleh sampai seribu bulan ke tak.

Masa malam tu, langit cerah tak hujan, takde awan, takde meteor, udara lak tak sejuk tak panas, suam suam kuku. Besoknya pulak cahaya pagi tak terlalu terang. Apalagi, jom kejar Lailatul Qadar :)

BANTU PAK CIK TANGGUNG KOS BLOG INI. KLIK SINI. 


Maksud Takwil Mimpi Bahagian Satu.

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Lama tak gebang dalam blog ini, jadi hari ni pak cik ada masa untuk gebang sampai terkencing. Hari ini pak cik nak berkongsi dengan korang semua mengenai takwil takwil mimpi. Sesungguhnya takwil2 mimpi ini memang diiktiraf oleh para ulamak. Sebagai contoh kita lihat hadis dibawah :-

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya
bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku.” Baginda menjawab,
“Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan
menyusukannya.” Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita
tersebut.

Jadi, hari ini pak cik nak berkongsi dengan korang sebahagian besar pentakwilan mimpi yang ada seandainya korang mengalaminya, boleh lah memberikan agakan2 untuk kehidupan korang. Jom kita lihat.

Kentang

Jika korang bermimpi perihal kentang, ini bermakna korang akan dapat rezeki terpijak. Harap2 jangan pijak rezeki durian dah la. Sakit tu. Dan jangan tanya pak cik, “kalo kentang goreng kepsi boleh?” sebab pak cik tak tau.

Kerbau

Jika korang bermimpi keluar dari rumah lepas tu naik kerbau, ini bermakna sesuatu yang korang usahakan masih belum berhasil. Jadi gandakan usaha, tukar strategi untuk memantapkan usaha korang agar tak naik kerbau pak malau lagi.

Kilat

Kalo korang bermimpi kilat, inshaa ALLAH korang akan dikurniakan suatu kebijaksanaan. Kalo dapat jangan bongkak, sujud syukur ok ? Syukur Selalu TV9. Jangan duk canang2 plak, misalnya, “ko tau, lepas aku mimpi kilat, secara tak sengaja aku boleh buat robot daripada penutup botol”.

Loceng

Jika korang mimpi dengar bunyi loceng, maka akan ada tetamu yang datang. So itu petanda bahawa korang kena tengok stok biskut dan milo korang ada lagi ke tak ? Memuliakan tetamu itu besar ganjarannya. Inshaa ALLAH, semoga kita semua belajar sesuatu benda yang baru pada hari ini.

Ya ALLAH, tinggikanlah Darjat kami, berikan kami Iman yang lebih tinggi dari hari ini.

BANTU PAK CIK TANGGUNG KOS BLOG INI. KLIK SINI. 

Ilmu Gerak Cepat

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ini pak cik nak berkongsi dengan korang semua sebuah amalan yang dinamakan sebagai ilmu gerakcepat. Ia akan mempercepatkan respons korang sehingga shutter kamera tak dapat menangkap halaju pergerakan korang. Kalo langgar orang boleh menyamai dengan kecederaan dilanggar kereta kancil turbo. Dibawah ini adalah caranya. :-

1) Ambil minyak dan gosokkan sehingga panas. (Pak cik tak pasti minyak apa)

2) Sapu kepada tubuh badan sambil membaca ayat ini . La Ilaa ha ila ALLAH, Iyyaka Na’budu, Muhammadun Rasulullah, Waiyyaka Nas taiin.  (Surah fatihah ayat 5).

3) Ketika baca ayat diatas haruslah dalam keadaan menghembuskan nafas.

BANTU PAK CIK TANGGUNG KOS BLOG INI. KLIK SINI. 

Amalan Menguatkan Semangat Dan Jati Diri

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, ALLAH sayang kita lagi semua. Dia bagi pinjam udara kat kita. So, boleh la bernafas sampai kembung paru2 pun tak pe. Sebab rezeki yang Dia bagi kat kita cukup sampai kiamat. Inshaa ALLAH.

Hari ini pak cik nak berkongsi dengan korang sebuah amalan untuk kuatkan semangat dan jati diri korang. Khusus untuk mereka2 yang bukanlah lemah semangat, tapi tak bape yakin dengan diri sendiri. Kalo tengok iklan dalam TV3, ada iklan sorang perempuan tu cakap, kalo nak yakin pakai Dinarzz la, sambil gelak hehehehehe. Tapi tu untuk wanita dengan produk kecantikan je. Perempuan tu sendiri cakap, kecantikan tu adalah keyakinan.

Jadi ini lah amalannya. Mudah, senang, telus, berhemah, mapan, dan mantap.

Dalam pukul 7 lepas habis waktu subuh, mengadap dimana matahari terbit. Kemudian genggam tangan kanan dalam keadaan penumbuk, letakkan ke mulut sambil berdoa  melalui bacaan dibawah. Doa tersebut kena hafal sebab bila hafal baru ada penghayatan. Amalkan sepanjang hari. Inshaa ALLAH akan rasa kelainannya.

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Mu ya ALLAH, yang menguasai Kasih Sayang kepada makhluk-makhlukNya, sungguh dengan bersaksikan fajar-fajar Mu ya ALLAH, aku mohon agar dikurniakan kekuatan yang tiada tolok bandingnya. Kekuatan yang sentiasa dalam lingkungan rahmat kasih sayangMu.

ya ALLAH ya tuhan ku, kurniakan kepada ku api-api dari semangat pahlawan Jihad Mu, akarkan kaki ku pada bumi kebenaranMu, bukakanlah khazanah langitMu untuk fikiranku, Airi kolam hati ku dengan silauan iman dan rahmat Mu, dendangkanlah mukjizat Al Quran pada telingaku, Sesungguhnya tiada daya upaya melainkan Engkau. Sesungguhnya segala kekuatan hanyalah kekuatan Mu. La Ila ha Illa ALLAH Muhammadan Rasul ALLAH.

BANTU PAK CIK TANGGUNG KOS BLOG INI. KLIK SINI

Keterangan Ringkas Ilmu Syahadah

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

Artikel ini diambil daripada fanpage Maqam

ILMU SYAHADAH

Adapun ilmu syahadah adalah satu ilmu yang paling tinggi didalam mempelajari ilmu-ilmu Allah yang boleh dikuasai oleh manusia. Inilah martabat ilmu yang tertinggi.

Ilmu ini adalah satu ilmu makrifat dan syahadah secara sebenar-benarnya kepada Allah s.w.t.

Ilmu syahadah artinya Allah sendiri yang akan mengajar manusia mengenali dirinya dengan lain perkataan bahwa ilmu syahadah adalah ilmu untuk menyatakan diri Allah itu sendiri.
Hanya orang-orang yang mencapai martabat ilmu ghaib yang paling tinggi saja yang dapat menguasai ilmu syahadah ini.

Jika Ilmu kalam diajar oleh guru zahir dan ilmu ghaib diajar oleh guru ghaib maka ilmu syahadah hanya boleh diajar oleh guru batin saja iaitu diri batin kita sendiri yang telah mencapai makrifat kepada Allah dengan lain perkataan bahwa Allah sajalah yang boleh mengajar diri kita akan rahsia ilmu ini.

Tingkat pengalaman dan pencapaian ilmu ini adalah jauh daripada ilmu ghaib dan inilah ilmu yang paling tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia.

Ilmu ini hanya boleh dicapai oleh para Rasul, Nabi dan Wali-wali Allah yang Agung.

Alangkah mulianya bila kita dapat menyelami sendiri ilmu tertinggi ini dan sudah barang tentu kita akan menjadi manusia beruntung dan mendapat keredhoan Allah s.w.t.

Kdt: Landuni Dandier

Solat Daim

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum kekasih2 Allah…

Ibadah berterusan 24jam,Solatul Daimun Haq.
Solat fardhu sblm fardhu,
Solat fardhu semasa fardhu,
Solat fardhu sesudah fardhu.

“Ingat itu Zikir, Zikir itu Nafas, Nafas itu Laa Huruffin Wala Sautin”,
Disini inginlah saya memperjelaskan bahawa maksud, erti atau makna zikir nafas itu, adalah zikir yang tidak berhuruf dan tidak bersuara.

Adapun zikir yang tidak berhuruf dan bersuara itu, adalah zikir yang tidak menggunakan bibir mulut dan tidak menggunakan buah tasbih.

Namun, sebelum itu, tuan-tuan kena faham dulu, apakah itu makna, maksud atau erti zikir. Adapun maksud perkataan zikir itu adalah dalam bahasa Arab. Bila mana dimelayukan ianya bermaksud “Ingat”. Zikir dalam bahasa arab manakala dalam bahasa melayu pula ertinya “ingat”.

Sekarang kita jangan jadi Arab mari kita jadi melayu atau jadi Indon. Kita belajar ilmu bukan nak jadi arab tetapi mari kita belajar supaya jadi kita (melayu atau indon). Matikan bunyi-bunyi Arab.

Kalau dimelayukan makna zikir itu ingat. Sekarang mari kita sebut perkataan ingat jangan lagi kita sebut perkataan zikir. Kalau kita sebut zikir nanti kita hanya ingat buah tasbih.

Bagaimana untuk ingat kepada Allah dengan tidak berhuruf dan bersuara. Tidakkah Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim. Seharusnya juga ingat kepada Allah itu, sepantasnya juga dengan cara tidak berhuruf dan bersuara. iaitu dengan cara,

“Ingat kepada Nafas kita yang turun naik”

Nafas kita yang turun naik siang dan malam itu, sebenarnya zikir (ingat) kepada Allah. Yang turun naik itu tidak tidur, dia sajalah yang ingat kepada Allah, walaupun kita dalam berkeadaan tidur atau dalam keadaan kita lupa atau lalai.
Nafas itulah yang dimaksudkan “Tidak Berhuruf, Tidak Bersuara” dimana ia merupakan 7 sifat Allah yang sebenarnya adalah Roh, terdiri daripada sifat Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’a, Basyar & Kalam, yang mengerakkan dan menghidupkan Jasad yang padanya terdiri 7 lapis Langit, merujuk kepada 2 mata, 2 telinga, 2 lubang hidung, 1 mulut yang menjadi 7 lapis Langit pada kepala kita dan 7 lapis Bumi yang merujuk 2 tangan, 2 kaki, 1 pusat, 2 kemaluan depan dan belakang pada tubuh kita.

Tidak bergerak jasad itu melainkan jasad itu digerakkan oleh Roh, dihidupkan oleh Roh yang tertakluk kepada gerak “Tidak berhuruf, Tidak bersuara” dan hakikatnya adalah Allah s.w.t.

Roh adalah diri sebenar-benar diri yang pada istillahnya merupakan bayang Allah sebagai penyata utk menyatakan Allah didalam diri mahu pun luar daripada diri.Turun naiknya Nafas atau keluar masuknya Nafas dalam keadaan “Tidak Berhuruf, Tidak Bersuara” yang menyatakan Zat, Sifat, Asma, Afaal, Allah yang tertakluk didalam “KUN FAYAKUN”, Ahad, Ahad,Ahad.

Kdt: Tdk Bersuara Tdk Berhuruf

MAQAM FATIHAH DALAM LATIFAH

$
0
0

BISMILLAH’
Kepala, ubun-ubun, Rabbun Nur Salasiah.

‘ARRAHMAN’
Otak, detik ujud, tiada huruf tiada suara, ti.. tik..

‘ARRAHIM’
Kedua mata, pancaran Nur, himpunan pandangan alam semesta.

‘ALHAMDULILLAH’
Muka, rupa Muhammad, mengandung sifat ma’ani di muka kita.

‘RABBIL ALAMIN’
Telinga kanan, ada gerak lintasan.

‘ARRAHMAN’
Telinga kiri, ada gerak bisikan yang samar

‘ARRAHIM’
Kedua tangan Rahsia gerak.

‘MALIKI YAUMIDDIN’
Belakang, Rahsia gerak urat nadi manusia.

‘IYYAKA NA’BUDU’
Rahsia gerak denyut.

‘WA IYYAKA NASYTA’IN’
Rahsia segala manusia, tahan satu detik, itulah dinamaka Sir Dzatul Ahdas

‘IHDINAS SIRATHAL MUSTAQIM’
Urat leher, Rahsia mesra

‘SHIRATOL LAZIINA AN AMTA ALAIHIM’
Rahsia melebur menjadi sifat Ma’ani, tiada huruf tiada suara.

‘GAIRIL MAGDUBI’
Empedu, Rahsia perintah hati.

‘ALAIHIM’
Rahsia perintah Rabbani.

‘WALADDOOLIN’
Hati, Rahsia memuji diri sendiri.

‘AMIN’
Jantung, Rahsia Sir, itulah yang di namakan Dai’mun Sholat.

*** Mesrakan antara naik dan turun, inilah makna Baqobillah ***

Kdt: Laduni Dandier

Kenali AKU dari AKU

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

AKU

Siapa AKU ..?
Perlukah kita mencari AKU..?.
Pentingkah AKU..?
AKU adalah diri yang sebenar-benar diri.
AKU adalah ROHULLAH yang datangnya dari ZATULLAH.
Dan Menyatakan akan UJUDULLAH,
AKU lah yang dinamakan AMAR ROBBI iaitu urusan Allah swt.
AKU yang hidup datangnya dari Yang Maha Hidup yang bersifat ghaib yang datang dari Yang Maha Ghaib…
Takkala ZATUL HAQ ingin menyatakan akan dirinya maka DIA mentajallikan akan NUR-Nya
yang dinamakan ROHULLAH atau AKU.
Kini AKU yang nyata dan AKU merupakan SIFATNYA.
Sebagaimana firmanNya…
“Kulli rohi min amri robbi” Artinya : Setiap Roh itu adalah urusan Aku
Banyak yang mencari AKU namun jarang yang ketemu.
Ini kerana AKU berada jauh didalam RASA iaitu di ALAM RASA yang mendalam tampa dasarnya…
Dimanakah AKU berada ?
Tentunya pada Badan iaitu didalam Badan Diri.
Kalau ada yang mahu mencari AKU, maka katakanlah….
AKU ada tetapi tiada.., AKU tiada tetapi ada…
Ada pada Hakikat.. namun tiada pada Rupa. AKU yang tidak berupa merupakan sumber atau daya KUDRATULLAH yang hidup lagi menghidupkan kerana AKU adalah HAYATULLAH yang berasal dari ZATULLAH.
(Kdt: Laduni Dendiar)


Aku

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

AKU adalah kalimah mufrad (satu) dan ia tidak mewakili mana-mana jenis samada lelaki atau pun wanita dan ia melepasi anggapan itu.

AKU adalah satu hal yang tidak ada padanya gambaran yang nyata kerana ia bersifat tidak nyata , dan sesungguhnya AKU itu adalah satu rahsia yang di tajjallikan oleh Allah dan ia menjadi penyata bagi Zatullah. AKU adalah merupakan Sifat Ketuhanan yang terbit dari Allah Yang Maha Kuasa.

Padanya pula terdiri akan Sifat-Sifat Kebesaran Allah kerana ia (aku) itu adalah Bernyata bagi Zat Allah atau dengan kata lain dia (aku) itulah Kenyataan Allah.

Sesungguhnya Zatullah itu tidaklah dapat kita ketahui akan keadaan dirinya dan jauh sekali untuk kita mengatakan dia itu berupa dan macam-macam lagi, kerana ia LAISA KAMISLIHI SAI’UN ……..tidak menyerupai dengan sesuatu apa pun. Oleh kerana itulah Allah mahu memperkenalkan DIRINYA maka ia telah menyatakan akan Sifat Ketuhanan nya dan ia yang bernama AKU.

Dalam ilmu hakikat AKU ini digelarkan oleh mereka dengan nama AMAR ROBBI ….urusan Allah, dan ia membawa makna kepada keadaan Allah padanya. Perlu di ingat AKU itu bukanlah Allah akan tetapi ianya Penyata yang dinyatakan Allah agar ia nyata maka apabila ia (aku) nyata maka nyatalah Kebesaran Allah itu, kerana kalau ia tidak nyata maka Kebesaran Allah tidak akan nyata dan kita tidak akan tahu yang Allah itu ada walaupun ia ada.

Didalam ilmu yang kita perlajari ini saya ingin menyatakan bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan ia merupakan titik pertama yang dinyatakan Allah pada jasadku ini. Apabila ia berada didalam badan diri ini maka ia telah menjadi DIRI pula.

AKU yang tadinya merupakan titik atau noktah awal kini telah berkembang menjadi DIRI dan diri itulah Cahaya Ketuhanan yang dinyatakan Nya daripada nyatalah (AKU) mendatangkan kehidupan kepada badan kita ini.

Pada AKU itu ada berbagai-bagai rahsia dan ia merupakan satu Khazanah Allah kepada kita ini. Asal kita mahu pasti kita akan dapat sesuatu darinya tetapi dengan syarat kita mesti mengenal dan mengetahui akan keadaaan nya.

AKU yang tidak berupa dan bertampan ini hanya mampu kau tahu sahaja kerana ianya satu hal yang terrahsia pada keadaan sifat kezahiran rupa paras dan bentuk.

Oleh itu kau hanya mampu tahu dan merasai sahaja akan keberadaanku pada badan dirimu itu. AKU merupakan induk kepada kehidupan mu itu tanpaku kau akan mati.
Anak-anakku……. Saudaraku ketahuilah olehmu bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan pada nya ada beberapa Sifat yang telah digantungkan oleh Allah bagi menyatakan dan mendalilkan akan Kebesaran Allah dan dengan nya (sifat) ia dapat mentadbir alam badan diri ini. Sifat-sifat itu adalah……..

1) hayat
2) ilmu
3) qudrat
4) irodhat
5) sama’
6) basar
7) kalam

Inilah Sifat-Sifat Nya dan ia dipangil Sifat Ma’ani. Sebenarnya sifat-sifat ini ada pasangan nya dan ia terzahir dari pasangan itulah siapakah pasangan nya itu? Pasangan nya itu adalah Sifat Maknawiah iaitu……..

1) hayyun
2) alimun
3) qodirun
4) muriidun
5) sami’un
6) basirun
7) mutakalliman

Sifat-sifat ini adalah pasangan nya dan ia menunjukan akan keadaan Allah pada Kebesaran Nya itu….maka jelaslah bagi kita ini bahawa AKU itu membawa faham kepada kita dengan makna Ketuhanan (Kenyataan Allah).

Adalah Zat dan Sifat itu sebenarnya tidak terpisah dan saya tidaklah mengatakan ianya terpisah akan tetapi dalam menyatakan kalimah AKU ini saya menyatakan ianya adalah penyataan. Umpama lampu suluh mengeluarkan cahaya dan menyuluh dinding,cahaya pada dinding itu adalah cahayanya dan cahaya pada cermin lampu itupun cahaya nya oleh itu adakah cahaya yang berada pada dinding itu terpisah dari lampu dan cahaya pada cermin lampu itu…….

Tentu tidak bukan, walaupun ianya berjarak dengan jarak yang jauh, kerana ianya adalah tali bertali dari punca yang sama. Maka tali itulah bagi AKU ianya Sifat Ma’ani dan tali bagi penyambungnya itu adalah Sifat Maknawiah dan ia dari Allah jua datang nya. MANLA YAKRIF FALA YAKZUK…barang siapa tak mengenal maka tak akan merasai.

Anak-anakku kau perlu meletakkan fahaman mu itu dalam hal ini kepada kedudukan AKU kerana itulah asal dirimu dan asal dibalik asalmu itu adalah dari Zat jua adanya. Dan semua yang ada ini berasal dari nya iaitu daripada ilmunya.

Kau jangan bicara tentang keadaan zat Allah kerana kau tak mampu untuk itu,cukuplah kau bicara tentang AKU kerana ia adalah asal mula dirimu dan darinya dirimu terbit,.kata orang bijak pandai “mengenal diri mengenal Allah” dan AKU itulah Zat bagi diri dan diri itu kenyataanku.

AKU…….adalah kenyataan Allah dan ia adalah sifat kesempunaan nya,bila AKU menerima badan maka diriku terbit mendatang pula dan aku lenyap didalamnya itulah saya mengatakan ianya adalah zat diri,bukan zat Allah.kerana AKU adalah AKU dan AKU bukan Allah dan Allah adalah Allah dan Allah bukan AKU,akan tetapi AKU datangnya dari Allah.

AKULAH ………………..ketuhanan.

Renungilah olehmu dengan pandangan basirahmu agar kau tahu dan mengerti dan temuilah AKU,kehidupan yang kita ada ini merupakan dalil penyataan af’al (perbuatan) AKU yang mana ia terjadi melalui proses-proses semulajadi.AKU…..yang menanggung amanah dari Allah membawa dan menerima suatu tugas yang besar didalam menjalani kehidupan didunia maupun akhirat.

Ingat-ingatlah wahai anak-anakku………..Saudaraku dalam perjalanan ini pastikan kau meletakkan semua pengharapan kepada AKU kerana AKU itu cukup mencukupi bagi mu.Rahsia ilahi yang maha kuasa itulah yang menjadi bekalanmu.AKU……..yang hidup tiada mati,kekal tiada binasa menjadi diri bagi badanku sendiri dan kini AKU bergerak pada jalanku iaitu jalan Rahsia ilahi………..

AKU adalah Rahsia Allah Menyata Sifat Yang Maha Esa Kini aku telah berbadan …Hidup didunia sebagai hamba.

Kepulangkan AKU menjadi………………?????

Kdt: Laduni Dandiar

Fitrah Diri

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

Ternyata mereka mengajarkan hal yang sama tentang fitrah serta tata caranya juga sama melalui kajian diri sendiri Seandainya kita tahu bahwa yang mereka ajarkan sama…Kita tidak akan heboh soal Agama… Semoga damai di bumi …

Barang siapa mengenal dirinya, maka dia mengenal ALLAH, bila dia mengenal ALLAH maka dirinya merasa bodoh Barang siapa yang mencari ALLAH keluar dari dirinya sendiri maka dia akan tersesat semakin jauh

Sabda Rasulullah Bacalah kitab yang kekal yang berada di dalam diri sendiri….

Tanda-tanda Allah di segenap penjuru Dan di dalam diri mereka sendiri ( Fushshilat 41 : 53 )

Allah akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Allah di segenap ufuk, dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka, bahwa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Robb-mu tidak cukup (bagi kamu), bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.”

Allah menempatkan diri antara manusia dengan qalbunya (Al Anfaal 8 : 24)

“Hai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul, apabila Rasul menyeru kamu, kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah, bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya, kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan.”

Di dalam setiap rongga anak Adam, Aku ciptakan suatu mahligai yang disebut dada, dalam dada ada qalbu, dalam qalbu ada fuad, dalam fuad ada syaqfu/SANUBARI, dalam syaqfu ada sirr, di dalam sirr ada Aku( Hadits Qudsi )

Aku tidak berada di bumi ataupun di langit, tapi Aku berada dalam hati orang yang beriman(Hadist Qudsi) Allah tidak berada di Mekah ataupun di Cina

Surat Al Hajj 22:26 ini… Penuh makna bagi mereka yang menunaikan ibadah haji … bagi kita semua … Buka kerudung akal kita …!!! Rumah yang mana yang harus kita sucikan masjid Zahir / masjid dalam diri kita yang menjadi tempat sujud kita ??? Bila rumah Allah dibuat dari batu bata, Allahnya seperti apa ??? Fikir saja sendiri …!!! manusia yang berakal dengan Bertafakkur menilik diri Sendiri

Kdt: Laduni Dandiar

Insan dan Sirr

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

Mengadakan dua wujud itu adalah perkara yang syirik, kerana Dia adanya dengan sendirinya. Jikalau begitu, bagaimana pula ada insan itu adalah dengan Dia?

Soalnya di sini siapakah insan itu?

Cubalah cari jawapannya sendiri kerana jawapan yang didapati dengan usaha sendiri itu adalah lebih bermakna.

Selanjutnya, Wujud itu bermaksud Ada, maka yang Ada itu adalah Dzat, dengan itu Wujudnya itu adalah bagi menyatakan Dzatnya.

Sedangkan pun Wujud insan dapat dilihat pada Sifatnya, kerana wujud insan adalah dengan Dzatnya. Dan Dzatnya itu adalah Sirr kepada insan.

Dia berfirman, Insan itu rahsiaku (sirr) dan Aku rahsia insan, dan lagi kataNya, Sifatku adalah sifat Insan.

Oleh itu, perjalanan salik adalah satu proses, salik perlu mengenal dirinya, siapa mengenal jasadnya maka mengenal ia nyawanya, siapa mengenal nyawanya maka mengenal ia Sirrnya, dan lagi siapa mengenal Sirnya maka mengenal ia akan Allah.

Insan adalah Rahsianya, dan Sirr itu adalah Dzatnya.

Hubung Kait Antara Syariat, Tarikat, Makrifat dan Hakikat

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

ILMU HAKIKAT

Himbauan :

Jangan-lah berprasangka buruk mengatakan sesat, nescaya kata sesat itu akan balik pada diri sendiri yang mengatakan !

Dalam pengajian Ilmu Hakikat berulang kali Ayah katakan agar TIDAK mendatangi atau menyampaikan pengetahuan ini kepada Orang Syariat dan di anjurkan hanya bertanya, berguru kepada ahli Hakikat lagi Makrifat lagi Mursyid saja.

Selain dari cara syariat dan cara tarikat, terdapat satu lagi cara untuk merapatkan hubungan dengan Allah Swt yaitu dengan cara hakikat.

Cara hakikat merupakan cara yang ketiga yaitu satu cara mendalami ilmu dengan menyelami dan mengenali diri sendiri, yang merupakan satu–satu-nya jalan yang dilalui oleh wali-wali Allah, ariffinbillah dan para aulia.

Mereka yang menjalani pengajian ilmu hakiki ini akan ber-iktiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan hubungan dirinya dengan Allah s.w.t, dengan cara membongkar, menyelidiki dan menyaksikan diri sendiri yaitu diri Rahsia yang di tanggung oleh dirinya dan berusaha untuk membentuk dirinya menjadi KAMIL-MULKAMIL.

Bagi mereka yang ingin melalui cara hakiki ini di sarankan terlebih dahulu melalui cara Tarikat, hingga dia berhasil membersihkan dirinya dari segala bentuk syirik dengan kebodohan diri sendiri…..

Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru-guru hakiki dan makrifat serta muryid yang mempunyai pengetahuan yang Maha luas serta mencapai pula ke tahap martabatnya.

Untuk pengetahuan lebih jelas silakan bertanya dengan guru-guru makrifat lagi mursyid bukan melalui Mesej atau Whatsapp berdepanlah secara jujur dengan penuh keiklasan..

Orang-orang hakiki yang sampai pada martabatnya bukan saja mulia di sisi Allah tetapi mendapat kemulian juga di tengah masyarakat. Adalah perlu ditegaskan di sini bahwa matlumat akhir pengajian HAKIKAT adalah untuk megembalikan diri Asal Mu ke semula yaitu Allah pada Zahir dan Batin. Tiada sesuatu apapun pada dirinya kecuali Allah semata-mata.

Untuk itu pengajian hakikat ini harus ada kesinambungan dengan pengajian Makrifat. Sesungguhnya kata hakikat dan makrifat dua perkataan yang tidak boleh di pisahkan.

Kdt: Laduni Dandiar

Pandang ALLAH Disebalik Gerak

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

Image may contain: one or more people

ALLAH……….Yakinlah kepada Allah Taala dengan seyakin-seyakinnya. Yakin dan percaya kepada Allah itu, hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim. Yakin kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim.

Adapun maksud tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, maksudnya hendaklah perkara yakin kita itu, hendaklah sampai kepada tahap “jangan terlihat adanya makhluk”!. Selagi masih tertilik makhluk, selagi itulah ada huruf dan ada suara. Untuk sampai kepada yakin yang tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah “jangan tertilik adanya makhluk”. Selagi kita masih terlihat adanya makhluk, selagi itulah adanya jirim dan jisim dan selagi itulah masih ada huruf dan ada suara. Saya ulang lagi sekali, untuk sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah “jangan tertilik adanya makhluk” (jangan ujudkan makhluk!). Setelah tidak ujud makhluk, barulah dikatakan Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim. Selagi ada makhluk dan selagi wujud makhluk, selagi itulah kita tidak dikatakan bertauhid kepada Allah Taala. Kerana kita masih wujudkan huruf dan wujudkan suara. Bererti keyakinan tuan-tuan kepada Allah belum bulat dan belum putus bertauhid kepada Allah!.

Allah itu meliputi, menyeluruh, sempurna, bijaksana dan sehingga tiada satu ruang yang tidak ada Allah. Selagi adanya semesta alam ini, selagi itulah adanya Allah. Sebab apa?, sebabnya adalah kerana Allah itu meliputi sekalian alam. Meliputinya Allah itu, sehingga tidak ada ruang dan tidak ada tempat yang tidak ada Allah, Allah ada dimana-mana (tidak ada tempat yang tidak ada Allah) itulah ertinya Allah meliputi sekalian alam.

Allah itu meliputi sekalian alam, ertinya Allah ada pada tiap-tiap yang wujud. Yakinlah akan kewujudan Allah, pada tiap-tiap ciptaannya dan kejadiannya sehingga sempurna, adalah tersembunyi Allah disebaliknya (tetapi kenapa kita masih tidak terlihatNya)?. Lihat dan tiliklah alam ini, sesungguhnya dialam ini tiada lain melainkan hanya Allah jua yang wujud .

Alam dan diri kita tidak ada, yang ada hanhyalah kudrat Allah dan wujud Allah. Kita tiada daya-upaya melainkan izin Allah. Ungkapan ini amat jelas mengambarkan bergantung makhluk kepada Allah Taala. Berfungsinya kita ini, adalah diatas dasar sifat mengikut ketetapan Allah itu sendiri. Kenyataan ini diperkuatkan dengan, tidak bergerak sezarah pun tanpa izin Allah.Jika sesiapa faham akan kata-kata diatas, maka tiada lagi sifat keakuan dan sifat diri. Umpama aku kaya, aku yang kuat, aku berpendidikan tinggi, aku alim, aku berpangkat dan sebagainya.Kerana secara logik akal kita tahu tubuh badan ini diciptakan oleh Allah. Seluruh alam semesta ini diciptakan Allah. Apa lagi suara atau akal serta kelakuan diri semuanya kudrat Allah.Kesimpulan dan penamat untuk yakin akan wujudnya Allah agar kita benar-benar percaya dan tak lupa Allah biar sesaat.

Berfungsinya jasad kita ini, adalah diatas dasar sifat kebergantungan kepada roh, tanpa roh jasad itu jadi mayat. Begitu juga alam semesta dan isinya adalah bergantung dan berfungsi disebabkan roh. Siapa kah roh?, persoalan ini terjawab bila kita merenung kedalam diri kita sendiri. Roh selalunya diambil tahu apabila diketika kita mati sahaja. Semasa masih hidup, sesiapa pun tidak ambil tahu tentang roh. Roh itu, adalah rahsia Allah. Kerana adanya rohlah makanya jasad boleh merasa gerak, merasa bahagia, merasa miskin, kaya, senyum, marah , sombong, bongkak, berharta, cantik, tinggi, rendah, hitam, putih, merajuk, dan segalanya. Merasanya kita kepada perkara2 diatas, adalah dikeranakan adanya roh. Untuk itu, barang siapa yang berhajat untuk mengesakan Allah atau hendak bertauhid kepada Allah, sebelum bertauhid kepada Allah hendaklah terlebih dahulu mengenal roh!. Tanpa mengenal roh, tuan-tuan tidak akan dapat untuk bertauhid kepada Allah Taala!.

Allah telah berfirman :aku jadikan makhluk dan apa-apa yang kamu perbuat. Yakinlah kita pada hari ini bahawa, apa-apa yang kita perbuat itu, sesungguhnya telah terbuat diloh hul mahfuz sebelumnya. Allah perzahir, pertonton dan perlihatkan sifatNya” melalui perbuatan” roh. Barang siapa berhajat untuk melihat Allah, maka lihatlah kepada perbuatan roh. Perbuatan roh pula dizahir, diperlihat dan dipertontonkan pula melalui jasad kita. Oleh itu, barang siapa berhajuat untuk melihat roh, maka lihat lah perbuatan kita. Terlihat perbuatan kita, maka terlihatlah roh. Bilamana terlihat roh maka terpandanglah Allah Taala. Terlihat seumpama roh yang perbuat, namun pada hakikatnya rohlah perbuat.

Untuk tinggi lagi martabat makrifat kita, kita tidak lagi boleh dudukkan kepada roh yang perbuat, melainkan Allahlah yang perbuat ( bukan roh yang perbuat tetapi Allahlah yang perbuat segala gerak perbuatan). Tauhidlah kita pada hari ini bahawa segala afaal dan apa-apa yang diperbuatkan oleh sekalian makhluk itu, adalah “penzahiran Allah”. Bilamana terlihat perbuatan makhluk, hendaklah terpandanng Allah. itulah yang dikatakan tauhid kepada Allah (tauhidul afaal).

Mulai hari ini, marilah kita bertauhid kepada Allah dengan megaku bahawa segala afaal yang makhluk perlakukan itu, adalah semata-mata bagi memperlihatkan Allah disebaliknya. Marilah kita melihat Allah melalui perbuatan makhluk. Allah zahirkan diriNya melalui afaal kita.

Karomah Ayat Al Kautsar

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

Da lama da tak pergi ki wongalus. Ni adalah kopipes dari blog diorang.

Assalamualaikum wr wb.

Salam takzim sedulur KWA. Semoga Anda semua senantiasa ingat akan kebesaran dan keagungan Allah SWT. Amin. Pada saat ini, kami akan sampaikan terkait Kitab Al Qur’an yang sungguh luar biasa. Pada setiap ayatnya terkandung karomah. Salah satunya adalah ayat 2 Al Kautsar:

FASHOLLI LIROBBIKA WANHAR

(maka dirikanlah Sholat karena Tuhanmu dan berkorbanlah)

Wiridkan sebanyak-banyaknya, sampai anda capek lelah. Kalau hatimu masih ingin meneruskan, maka teruskanlah. Tidak perlu ditanyakan harus berapa hari wirid, teruskan saja wirid.

Karomah yang tidak terduga akan muncul. Salah satunya adalah kekebalan senjata apapun bila dalam kondisi terpaksa Anda menghadapi bahaya serangan musuh.

Karomah lainnya akan diberikan Allah SWT bila Anda ikhlas mewiridkannya.

Demikian terima kasih. Salam paseduluran.

Kita Sebenarnya Ingat Atau Tidak Ingat?

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

Image result for otak

INGAT VS TIDAK INGAT

Apakah kamu berdaya ingat Allah ?

namun sahabat – sahabat yang telah
” bermakrifat ” itu jangan risau jika tidak
dapat mengingati Allah sepanjang masa
sebab dia berada di sebalik ” rasa ” ingat
dan tak ingat itu …..

Dan ketika sahabat ingat ( zikir ) kepada
Allah itu janganlah berasa konon dapat
mengingatiNYA , sebab yang ” ingat ” itu
adalah dia sendiri , makhluk tidak berdaya …

Dia mengingati dirinya sendiri …
Dia memuji dirinya sendiri …
( manusia @ insan itu adalah
dalam lakonan menzahirkan )

Pada setiap gerak dan diam …
pada nafas turun naik ( huu Allah ) …
” dia memuji dirinya sendiri ”
Dia yang hidup pada turun dan naik
nafas menyatakan keberadaanNYA …

Orang yang ” mati sebelum mati ”
Orang yang ” sedar ” yang hidup
hanya Allah sedang dia bersifat mati
boleh mengingati lagi kah ?

Kesimpulannya :

Yang ” ingat ” dengan ” tak ingat ” itu
adalah ” DIA ” sendiri …..

Maka orang – orang yang mengenal diri
itu sentiasa ia ” ingat ” akan Allah ,
baik di kala berdiri , duduk , berjalan ,
atau ketika dalam tidur sekali pun …
kerana di dalam ” kefanaan ” yang ada
hanya Allah …

HANYA ALLAH INGAT ALLAH …..
di dalam rahsiaNYA …..

via Qalbu Mukmin Baitullah


Rahsia Di Dalam Diri

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim

No automatic alt text available.

RAHSIA DI DALAM DIRI

Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan manusia itu EMPAT BAHAGIAN iaitu :-

NAFAS
ANPAS
TANAPAS
NUPUS

Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA.

Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat itu saperti rupa ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa AF’AL.

Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :-

QA LAL LAH HU TAALA – AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala

Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya. Barangsiapa mengenal akan nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan TUHANnya yang qadim adanya.

Ketahuilah olehmu wahai Saudaraku YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak dari hidung sampai kebawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati. Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.

Kdt: Laduni Dendiar

Viewing all 36 articles
Browse latest View live